Anak Muda Luah Kecewa Sikap Rafidah, Gesa Siasat


LANGKAH diambil Tan Sri Rafidah Aziz berpaling tadah kepada pembangkang dapat dijangkakan lebih-lebih lagi beliau memang rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru seorang anak muda dikenali Farhan Khairuddin menzahirkan rasa kecewa atas tindakan bekas menteri kabinet itu, malah menganggapnya umpama ‘duri dalam daging dan langau yang hanya membusukkan daging’.

Lebih mengecewakan lagi bekas ahli parlimen Kuala Kangsar yang kebetulan sama kawasan dengan anak muda ini; kemudian bertindak serang Barisan Nasional (BN) kerana tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesal dengan isu itu, Farhan yang menggelar dirinya sebagai Pengarah Operasi Malaya memberitahu, Rafidah perlu disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas isu pemberian permit import (AP).


Ujarnya, semua kemewahan itu dinikmati Rafidah pada zaman pentadbiran Mahathir dahulu. Kekayaan dimiliki Rafidah dikhabarkan lebih RM8 bilion ini sangat menghairankan dan menjadi persoalan bagi anak muda tersebut.

Berikut ialah kenyataan Farhan Khairuddin melalui laman Facebook miliknya:

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai anak muda, saya menzahirkan rasa kecewa yang amat dengan apa yang telah dilakukan oleh seorang bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Umum tahu, kita digemparkan dengan pengumuman pemecatan dan pelucutan keahlian Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim dan Tan Sri Rais Yatim di dalam UMNO.

Jujur saya tidak terkejut dengan pengumuman dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini kerana trio ini hanya menjadi “duri dalam daging atau langau yang hanya membusukkan daging”.

Cuma adalah sangat mengecewakan saya dan anak muda yang lain, seorang bekas menteri yang juga bekas ahli parlimen di kawasan saya ini, (Kuala Kangsar) tidak habis-habis menyerang parti meski beliau sudah merasai ‘nikmat’ kekayaan luar biasa selama hampir 21 tahun sebagai menteri dahulu.

Sebagai anak muda saya hairan. Apakah yang sangat dimarahi beliau? Adakah kerana beliau tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak lagi mahu melayan ‘tuntutan’ dalam misi memenuhi selera kakayaan beliau?

Atau sudah tidak boleh cari makan dengan projek-projek mega kerajaan seperti yang telah beliau lakukan kepada isu AP dahulu?

Saya juga pelik dan hairan, dari mana datangnya kekayaan Tan Sri Rafidah Aziz ini sehinggakan dikhabarkan sudah lebih 8 bilion ringgit kekayaan yang dikumpul beliau itu belum lagi yang disorokkan kroni dan proksi-proksi beliau.

Lebih kronik bila mana dikhabarkan bahawa ketika 21 tahun menjadi menteri dahulu, beliau telah memberi lebih 40 Billion ringgit nilai AP dan separuh daripadanya diberikan kepada proksi dan keluarga beliau dan juga telah mengkayakan menantunya sendiri Fazrin Azwar.

Apakah betul dakwaan ini yang dahulunya sendiri pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam sidang parlimen? Apakah kekayaan rafidah ini satu bentuk rompakan dan rasuah besar besaran yang dilindungi oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed?

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan pihak Polis Diraja Malaysia dituntut untuk siasat dakwaan ini jika benar, mereka ini perlu dihukum atas tindakan merompak kekayaan negara secara terancang!

Sekian,

Farhan Khairuddin,
Pengarah Operasi MALAYA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com