Anak Fadhil Noor Sokong Mahathir, Punca Tragedi Memali Kerana Amanat Haji Hadi


Anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) bersetuju dengan Presiden Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad bahawa punca berlakunya tragedi berdarah Memali adalah kerana Amanat Haji Hadi.

Muhammad Faiz Fadzil yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berkata, ketika bapanya menjadi Presiden PAS, Allahyarham berhempas pulas untuk menyingkirkan amanat tersebut dan menjadikan ia sebagai fahaman sederhana.

Sambil mengakui bahawa mangsa Memali yang terkorban sebagai mati syahid, beliau bagaimanapun meminta penyokong PAS melupakannya kerana ia kisah lama.

“Itu kisah lama dan kita kena bergerak ke depan dan jadikan ia sebagai pengajaran.

“Dengan mebangkitkan isu lama, ia tak jadi lebih baik kepada rakyat. Isu itu perlu difahami puncanya, bukan sentimen atau emosi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Mahathir ke pusara ayahnya di Muassasah Darul Ulum, Batu 14,Jalan Kuala Nerang,di sini semalam.

Dua hari lepas Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa yang terbunuh dalam tragedi berdarah itu bukan mati syahid sebaliknya mati katak.

Namun selepas dikecam hebat oleh pucuk pimpinan PAS, Mahathir kemudiannya memohon maaf namun beliau masih menyalahkan Amanat Haji Hadi itu.

Mahathir mendakwa, “Amanat Hadi” oleh presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu.

Pada 2002, Fadzil dipetik sebagai berkata PAS tetap mempertahankan pendirian mereka bahawa tindakan Ibrahim dan pengikutnya dalam peristiwa Memali sebagai jihad dan mati mereka adalah mati syahid.

Dalam kejadian melibatkan satu pertempuran antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan penduduk di Kampung Memali pada 19 November 1985 itu, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis, Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com