Amran Dedah DAP Memang Idam Jawatan MB Perak


BONGKAR… Ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad Nor mendedahkan rancangan jahat DAP untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak jika gabungan pembangkang berjaya tawan negeri itu.

Perancangan sulit tersebut didedahkan menerusi satu e-mel antara beliau dan calon pakatan pembangkang berlogo PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari berhubung komplot berkenaan.

Amran yang juga Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP pada sidang media khas di ibu negara hari ini berkata, Abdul Aziz antara lain menyatakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan lagi sosok yang PAN tonjolkan.

Justeru, pihak DAP Perak tidak berasa selesa dengan imej bekas menteri besar negeri tersebut dan mahu tokoh parti berlambang roket itu pula ditonjolkan jika menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 seperti pada 2008 lalu.

“E-mel ini sekali gus menafikan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar Perak. Ini jelas bahawa Kit Siang menipu rakyat kononnya DAP tidak mahu jawatan itu.

“Abdul Aziz sendiri telah mengesahkan kepada saya perkara ini dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming setuju DAP ambil alih kerusi Menteri Besar. Ini jelas pembohongan pemimpin utama DAP sebelum PRU ke-14 berlangsung.

“Apabila Kit Siang tipu, DAP juga tipu,” tegas Amran yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap penolong penerbit stesen televisyen rasmi DAP secara talian iaitu UbahTV kepada pemberita.

Untuk rekod, DAP gagal melantik wakilnya sebagai menteri besar Perak meskipun pakatan pembangkang menang pada PRU ke-12 lalu kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri mewajibkan bakal calon mesti Melayu Islam.

Namun, meskipun Nizar yang langsung tiada dalam senarai itu kemudian dilantik menjadi menteri besar, segala keputusan penting ditentukan oleh pihak DAP sebagai balasan dan kerana ia memiliki paling banyak kerusi.

Amran berkata, e-mel itu turut mendedahkan percakaran DAP dengan PKR apabila Abdul Aziz gelar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sebagai penyangak, samseng dan pembuli. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com