Akibat Takut, Israel Terpaksa Bina Penangkis Roket


TEL AVIV – Rejim Israel membina pagar ‘jaring peluru berpandu’ unik bagi melindungi lapangan terbang baharunya yang dikatakan mampu menangkis peluru berpandu bumi ke bumi.

Kerajaan Zionis itu membina pagar sepanjang 34 kilometer di sempadannya dengan Jordan, bermula dari resort Laut Merah, Eliat, hingga ke lokasi lapangan terbang baharu yang kini dalam pembinaan di Lembah Timna.

Pagar sempadan setinggi enam meter itu antara strategi Israel mengepung negara dengan tembok batu serta pagar, termasuk sempadannya dengan Mesir bagi menghalang ancaman serangan militan serta pendatang haram.

Sebahagian pagar berkenaan dibina untuk melindungi lapangan terbang baharunya, Ramon, dengan pagar setinggi 26 meter bagi memintas sebarang terjahan roket serta peluru berpandu dari luar negara.

Lapangan terbang yang terletak kira-kira 19 kilometer ke utara Eilat itu dijangka mula beroperasi lewat 2018 atau awal 2019. 

Sumber: MyMetro Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com