Akhirnya Khai Bahar Jadi Pilihan Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR - Penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, mengumumkan bakal keluar dengan sebuah lagu duet yang menggandingkannya dengan Khai Bahar, 24.

Menurut Siti, pemilihan penyanyi remaja popular tersebut adalah berdasarkan kemasyhuran dan pengaruh yang dimiliki, selain mengakui mutu vokal nyanyian Khai menepati kehendaknya.

“Tak dinafikan, populariti Khai mempengaruhi pemilihannya dan dia juga memiliki kelunakan suara tersendiri sesuai dengan komposisi lagu Cinta Syurga.

“Lagu berkenaan diilhamkan menggunakan melodi yang sama dengan Comel Pipi Merah, cuma liriknya sahaja diubah bagi memenuhi genre muzik yang lebih ke arah ketuhanan.

“Karya ini adalah sebuah lagu zikir yang dimuatkan dengan kalimah selawat, bersempena kehadiran bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Tambah Siti, proses rakaman telah berlangsung pada 8 Mei lalu dan Cinta Syurga sudah pun boleh didengar di platform media digital.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com