Ahmad Bashah Yakin Pengundi Cina Bersama BN


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin pengundi Cina akan kembali memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau yakin kerana pada ketika ini kerajaan BN bersifat adil dan memastikan semua kaum berkongsi  segala nikmat ekonomi dan pembangunan di negara ini.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan semua rakyat dan rakyat nampak hasilnya sebab itu kita yakin pengundi Cina akan bersama BN," katanya memetik Bernama.

Beliau berkata berikut kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Pertubuhan Cina di sini, hari pada Khamis.

Ahmad Bashah yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti pada PRU14 ini, berkata banyak yang telah kerajaan BN lakukan bagi membantu masyarakat Cina dari segi pendidikan, perumahan dan perniagaan. -Kedahnews.com

#BersamaBN
#KekalBN
#UndiBN
#HebatkanNegaraku

   

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com