Ahmad Bashah Sambut Baik 52 Pengundi Atas Pagar Sertai UMNO


ALOR SETAR - Seramai 52 penduduk Kampung Gunung Sali A, di sini telah menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di sini, malam tadi.

Ahmad Bashah berkata, penduduk kampung berkenaan yang terdiri daripada pemuda dan wanita itu secara terbuka mahu menyertai UMNO setelah berada di atas pagar tanpa menyokong mana-mana parti.

"Mereka yang menyerahkan borang pada malam ini dahulunya pernah mengundi Barisan Nasional (BN) secara diam-diam tapi kali ini mereka pilih secara terbuka untuk menjadi ahli UMNO.

"Saya difahamkan lebih ramai kelompok atas pagar dari kampung ini akan menyertai UMNO, malah ada ahli parti lain akan turut mengikut jejak mereka.

"Ini kerana mereka mulai sedar bahawa hanya parti keramat UMNO yang dapat membantu membela rakyat, malah saya sendiri sebagai Menteri Besar sentiasa menyantuni golongan atas pagar ini agar mereka menyokong BN," katanya memetik BH Online.

Ahmad Bashah berkata berikut kepada pemberita selepas menerima penyerahan borang itu daripada wakil penduduk Asyraf Tajudin, 31, di kampung berkenaan, malam tadi.

Menurut Asyraf, beliau bersama penduduk kampung dengan rela hati menyertai ahli UMNO setelah tertarik dengan peribadi Menteri Besar itu yang suka merendah diri.

Jelasnya, Ahmad Bashah merupakan pemimpin yang mudah didekati selain sikap ramahnya sangat disenangi masyarakat setempat.

"Kami sudah lama perhatikan beliau, beliau seorang pemimpin yang tidak mudah melatah dan merendah diri, jadi kali ini sudah sampainya kami keluar dari garis tengah (atas pagar) dan menyertai UMNO.

"Dengan penyerahan borang pada malam ini, kami akan membantu Ahmad Bashah untuk mempertahankan kerusi yang disandang dan dapat melihat beliau terus diberi kepercayaanmenjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14),"katanya. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com