Ahmad Bashah Hormati Keputusan Rakyat Pilih Kerajaan


Barisan Nasional (BN) Kedah menerima dan menghormati keputusan yang diambil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga.

“Sepanjang diberi ruang mentadbir negeri, kami telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan bumi jelapang padi ini dipelihara.

“Semoga negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihara kedaulatannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedah gagal mempertahakan kerjaaan negeri apabila hanya menang tiga kerusi DUN daripada 36 kerusi.

Ahmad Bashah yang sempat berkhidmat selama dua tahun setengah sebagai Menteri Besar antara 33 calon BN yang gagal mempertahankan kerusi DUN. Beliau kalah dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Suka Menanti yang dimenangi calon PKR.

Sementara itu bekas Menteri Besar, Tan Seri Osman Aroff  yang juga bekas ADUN Jitra ketika ditemui di Bangunan UMNO di sini semalam turut terkejut dengan keputusan PRU yang memihak kepada pakatan pembangkang.

Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, katanya rakyat perlu menerima keputusan yang dibuat oleh majoriti pengundi - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com