'Ahli UMNO Rapatkan Saf, Kita Sedang Duji '- Zahid Hamidi


Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman suara yang bermain di media sosial ialah beliau ketika memarahi Pemuda UMNO.

“Itu bukan saya. Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Semalam beredar rakaman suara yang menggunakan kata-kata kesat memarahi Pemuda UMNO kerana tidak membela mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang pembangkang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.

Hari ini tular pula di media sosal 'ucapara' menurunkan foto Datuk Seri Najib Razak di sebuah sekolah di Melaka sempena sambutan  hari guru.

Pemiliki akaun FB yang yang berkongsi video upacara itu menyifakatkan upacara di hadapan guru dan murid-murid itu sebagai  'biadap' kerana menghina bekas seorang pemimpin yang turut berjasa kepada negara. - kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com