Agong Sedia Kurnia Pengampunan Segera Kepada Anwar


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersedia memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat.

Kata Dr Mahathir dalam sidang media di sini, pihaknya dimaklumkan melalui pertemuan dengan Baginda semalam bahawa pengampunan segera akan diberikan kepada Anwar.

"Kita ada berjanji dalam manifesto yang kita akan laksanakan 10 janji utama dalam masa 100 hari, antaranya adalah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Namun, sebelum itu, ketika perjumpaan bersama Agong semalam, Baginda bersetuju mengurniakan keampunan segera kepada Anwar," katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Dr Mahathir lagi, pihaknya akan bersama melalui proses pengampunan bersama Anwar yang mana beliau akan diberi pengampunan dan akan dibebaskan segera serta boleh bergiat semula dalam politik.

"Bagaimanapun, proses Anwar untuk menyertai Kabinet mungkin ambil masa yang panjang, kita akan putuskan sama ada Anwar sertai Kabinet atau sebaliknya selepas ini," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com