Afghanistan Lahir Wanita Pakar Cipta Permainan Komputer


WANITA Afghanistan buktikan kehebatan apabila mereka berjaya menghasilkan permainan komputer dalam versi negara itu dengan 20 permainan komputer dimuat naik sehingga Mei ini.

Kerjaya yang dianggap tidak sesuai buat para wanita Afganistan oleh golongan konservatif negara itu bagaimanapun telah berjaya menarik minat ramai para wanita muda menceburi bidang menghasilakn permainan komputer.

Lapor akhbar tempatan, bidang teknologi ini melibatkan sebanyak 20 orang dengan menyasarkan wanita muda dalam lingkungan umur 15-25 tahun yang tidak berpeluang menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah akibat ketiadaan wang dan juga faktor keluarga yang menjadi penghalang.

Wanita muda di bahagian barat Bandar Heret telah melibatkan diri sebagai pakar komputer dengan membina aplikasi dan laman sesawang serta menjejaki pepijat atau bug dalam kod komputer.




Lebih mengkagumkan, salah seorang wanita telah berjaya menarik perhatian pemaju apabila mereka permainnan yang menggambarkan tentang masalah penanaman pokok candu dan cabaran yang dihadapi oleh pasukan keselamatan Afghanistan untuk menyelesaikannya.

Permainan tersebut memaparkan animasi 2D Fight Against Opium tentang misi yang dilakukan oleh tentera Afghanistan untuk memusnahkan ladang pokok candu, memerangi ketua pengedar dadah dan membantu para petani beralih kepada tanaman saffron.

Afghanistan merupakan pembekal candu terbesar di dunia yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis he­roin selain turut terkenalkan dengan tanaman saffron, sejenis rempah paling mahal di dunia.

Khatira Mohammadi berkata, permainan yang dibangunkannya itu mahu menunjukkan kepada masyarakat umum tentang bahana masalah dadah tersebut dengan cara yang paling mudah.

“Kami cuba berusaha menggambarkan masalah utama negara kami melalui permainan ini,” katanya.

Sehingga kini, negara itu telah mebabitkan seramai 90 orang wanita dilatih dalam mencipta kod dan membangunkan perisian. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com