'5 Tahun Dulu Kutuk Macam-Macam, Sekarang Tanding Guna Logo Parti Mata Lebam'


KUALA LUMPUR-  "Lima tahun dahulu kutuk macam-macam, sekarang bertanding atas parti mata lebam," kata Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Bersatu gagal menguruskan parti berkenaan sehingga terpaksa bertanding menggunakan tiket PKR.

"Tapi entah macam mana dia menyelinap masuk parti mata lebam," katanya.

Beliau berkata, sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak mengambil berat terhadap rakyat.

"Dahulu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) minta gaji minima tetapi dia tidak ambil berat.

"Dia tahu ambil berat kroni dia sahaja," katanya.

Tambahnya, kegagalan pembangkang menyempurnakan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memberi tamparan kepada parti berkenaan.

"Apa benda ini? Borang mudah pun tidak boleh isi, bagaimana nanti nak tadbir kerajaan," katanya dalam ucapan majlis minum petang bersama calon P124 Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman serta penduduk.

Hadir sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen serta Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com