300 Orang Kecewa Rafizi Tak Hadir Ceramah Sendiri


‘BERJANGKIT’ dengan Azmin gamaknya……Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah mengecewakan seramai 300 orang yang hadir ke majlis ‘Ceramah Rafizi’ yang dijadualkan berlangsung pada 9.30 malam di Taman Rambai Tengah, Bukit Rambai, di sini, malam tadi.

Pembatalan majlis itu hanya diumumkan dua jam selepas acara itu berlangsung iaitu pada pukul 11.30 malam.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan alasan mengapa Ahli Parlimen Pandan itu tidak hadir ke program itu.

Orang ramai yang menunggu kedatangan Rafizi beransur meninggalkan majlis sebaik penganjur memaklumkan perkara itu.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua; calon PKR Parlimen Tangga Batu, Rosnah Aluai dan calon PKR Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Pada 2 Mei lalu, lebih 500 penduduk Bukit Antarabangsa juga telah dikecewakan apabila Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gagal untuk hadir dalam ceramah umum barisan calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Ampang.

Tempat Azmin digantikan dengan isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com