250 Penduduk Terjejas Banjir Kilat Di Kulim


KULIM - Lebih 250 penduduk di 10 kampung dekat Lunas terjejas apabila dilanda banjir kilat yang disebabkan hujan lebat sejak 2 petang hingga 8 malam semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lunas Azman Nasrudin berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir sementara yang dibuka di Masjid Sungai Seluang dan surau Taman Sang Kancil.

"Jalan utama yang menghubungkan Padang Serai dan Lunas turut ditenggelami air dan menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Nagalilit dan Kampung Permatang Durian terputus hubungan," katanya ketika mengadakan mensyuarat tergempar menguruskan banjir kilat di sini malam tadi.

Sepuluh kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Seluang Atas, Kampung Sungai Seluang Bawah, Kampung Paya Serdang, Kampung Bukit Sarang Ayam,Kampung Balik Bukit,Kampung Batu 7,Kampung Permatang Durian, Kampung Permatang Tok Dik, Kampung Naga Lilit dan Kampung Sungai Limau - Taman Kancil.

"Kita sudah merangka gerak kerja termasuk memberi bantuan segera bencana seperti bekalan makanan, selimut dan tikar kepada mangsa terlibat," katanya.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com