120,000 Hadiri Solat Jumaat Pertama Ramadan Di Masjid Aqsa


BAITULMAQDIS - Puluhan ribu penduduk Palestin solat di Masjid Aqsa semalam, solat Jumaat pertama Ramadan.

Kira-kira 120,000 jemaah menunaikan solat Jumaat, kata jurucakap pihak berkuasa agama yang mentadbir masjid berkenaan.

Polis Israel yang bersenjata berat mengawasi Wilayah Islam di Kota Lama.

Masjid Aqsa adalah yang ketiga paling suci dalam Islam selepas dua lagi di Arab Saudi.

Ia terletak di timur Baitulmaqdis.

Ribuan penduduk Palestin dari Tebing Barat dibenarkan memasuki Baitulmaqdis untuk solat, melepasi pusat pemeriksaan yang menyaksikan mereka diperiksa rapi.

Wanita tidak dikenakan sekatan menyeberang ke Baitulmaqdis tetapi lelaki di bawah usia 40 tahun dilarang melepasinya oleh rejim Zionis, selalunya atas alasan keselamatan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com