116 Penduduk Di Yan Terima Sumbangan Ramadan


YAN - Seramai 116 mangsa bencana alam dan penduduk miskin daerah Yan menerima sumbangan sempena Ramadan oleh Persatuan Bencana Alam Kedah di Pantai Murni Waterfront, kelmarin.

Yang Dipertua Persatuan Bencana Alam Kedah, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah berkata, sumbangan bertujuan bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Katanya, usaha murni seperti ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai golongan menerima manfaat.

“Persatuan ini akan terus bertahan demi membantu golongan yang memerlukan bantuan.

“Oleh itu, jika ada dermawan yang ingin bersama kita membantu lebih ramai masyarakat di luar sana, tampillah menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Zulkifli Hashim, 39, berkata, dia gembira dan bersyukur dengan bantuan diberikan.

“Alhamdulillah, selain sumbangan wang tunai bantuan berupa beras, tepung, minyak dan gula ini juga boleh digunakan ketika puasa ini,” katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com