1,000 Warga Ethiopia Dapat Pengampunan Arab Saudi


ADDIS ABABA – Arab Saudi bersetuju membebaskan 1,000 warga Ethiopia yang sedang menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan.

Keputusan itu dibuat atas permintaan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed, yang melakukan lawatan rasmi.

Daripada jumlah banduan itu, 100 orang adalah wanita.

Beratus-ratus warga Ethiopia berada di kebanyakan negara Teluk terutama Arab Saudi.

Malah, Riyadh dalam proses menghantar pulang lebih daripada 500,000 pendatang tanpa izin Ethopia.

Setakat ini seramai 160,000 telah dipulangkan ke negara asal mereka. 

Sumber: MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com