Zizi Kirana Nafi Jadi Punca Perceraian Alif Hadi


SELEPAS didakwa menjadi pencetus pergolakan dan perceraian rumah tangga pelakon Alif Hadi, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi Kirana akhirnya tampil membuat penjelasan.

Zizi menafikan bahawa dia menjadi punca perceraian pelakon berusia 30 tahun itu seperti mana yang digembar gemburkan oleh sebuah portal sebelum ini.

Penyanyi kelahiran negeri ‘di bawah bayu’ itu menegaskan bahawa dia mengenali Alif dan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar rakan biasa.

“Saya selesa berkawan dengan Alif kerana sekepala, bukannya ada hubungan istimewa seperti yang didakwa banyak pihak.


“Tanggapan mengatakan kami menjalin hubungan cinta mungkin disebabkan keakraban antara kami berdua sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Lagipun, saya tidak mempunyai ramai kawan lelaki, sebab itulah timbul pelbagai persepsi dan spekulasi liar,” kata Zizi seperti dipetik dalam laporan sebuah portal online.

Dalam pada itu, Zizi menjelaskan dakwaan mengatakan dirinya bakal berkahwin dengan Alif hanyalah khabar angin semata-mata.

“Alif tu saya anggap macam adik. Sejujurnya, saya selesa solo. Siapalah yang nak kan saya?,” jelasnya.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Zizi berpuas hati dengan percaturan untuk mengeluarkan single solo dilihat menjadi.

Katanya, berkemungkinan selepas ini Zizi akan kekal bergerak solo kerana dianggap lebih mudah dan tidak memeningkan.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com