Zaman Mahathir Pun Syarikat Laksana Projek Besar Milik Kerajaan Tak Kena Cukai


Pengecualian cukai  jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap syarikat-syarikat yang melaksanakan projek besar kerajaan telah dilaksanakan semasa era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 1980 lagi. 

Dalam hal ini isu pelepasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam mendapatkan bekalan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya diputarbelitkan pihak pembangkang.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pelepasan cukai kepada projek ECRL diberikan dengan mengambil kira faktor bahawa projek itu dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat pelaburan kerajaan iaitu Malaysia Rail Sdn Bhd.

“Memang benar kerajaan memberi pelepasan cukai kepada  projek itu tetapi kita perlu ingat projek ini kepunyaan Malaysia dan pemilik sebenar adalah Malaysia yang mana akhirnya dapat manfaat adalah Malaysia bukan China,” katanya pada sidang media semalam.

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan juga telah memberikan pengecualian yang zama pada masa lalu, " katanya.

“Di bawah Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan (ASP), duti import dan pengecualian cukai jualan ke atas mesin dan peralatan telah diberikan untuk projek-projek dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi dan utiliti,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiagazette.

Subromaniam menegaskan syarikat-syarikat telekomunikasi, pengeluar tenaga bebas (IPP), pelabuhan dan lapangan terbang, kereta api dan lain-lain adalah di antara penerima manfaat di bawah insentif ini.

Antara projek besar yang mendapat pengecualian adalah projek yang melibatkan IPP, Terowong SMART, Stadium Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Express Rail Link (ERL), Transit Aliran Massa (MRT) dan banyak lagi projek-projek lain untuk mengurangkan impak kos projek.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menegaskan memang terdapat mekanisme dalam GST yang bertujuan untuk mengurangkan impak golongan yang disasarkan.

"JKDM dari semasa ke semasa akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak,” kata Subromaniam.

Secara amnya, beliau berkata pelepasan ke atas syarikat berkenaan adalah bagi memastikan projek strategik ECRL tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

“Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan sekalipun, kerajaan terpaksa menanggung kos GST ke atas perolehan ini di mana kerajaan perlu menambahkan pinjaman untuk menampung kos atau mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah menyatakan  kerajaan memberi pelepasan GST kepada kontraktor projek ECRL, China Communications Construction Company (CCCC) bagi memastikan kos projek itu tidak melebihi anggaran asal.

Pprojek yang dianggarkan bernilai RM55 bilion itu akan meningkat kira-kira enam peratus sekiranya GST turut dikenakan, kaya Mogad Irwan.

Beliau berkata, lebih banyak pinjaman terpaksa dibuat sekiranya kerajaan tidak memberi pelepasan cukai selain seolah-olah mengenakan cukai kepada diri sendiri kerana ECRL pada hakikatnya adalah projek milik kerajaan.

“ECRL adalah projek kerajaan, jadi kalau kita kenakan GST maka seolah-olahnya kerajaan kenakan cukai kepada diri sendiri, " katanya selepas Sesi Amanat Khas bersama penjawat awam dan agensi Kementerian Kewangan di Kota Baharu semalam.

(ECRL) yang kini sedang giat dibangunkan berupaya merapatkan jurang ekonomi bagi negeri-negeri di pantai timur, meningkatkan pendapatan isi rumah sekali gus menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia. - Kedahnews.com

#JomBN 
#BersamaBN 
#DahulukanRakyat 
#HebatkanNegaraku
#UndiBN 
#ManifestoBN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com