YB Det 'Hamba Rakyat' Disukai Penduduk Jeneri


SIAPA tidak kenal Mahadzir Abdul Hamid (gelaran YB Det) yang akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri Sik buat kali kedua pada pilihan raya umum ke 14 ini.

Jika ada kes kecemasan, bencana alam, kemalangan, kebakaran, pokok tumbang menghalang jalan, ibu mahu bersalin atau pesakit mahu segera ke hospital, telefon sahaja Mahadzir akan sampai...

Jika tidak pun, anggota sukerala Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) yang diketuainya akan tiba secepat mungkin.

 Mahadzir yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah  bukan setakat wakil rakyat, tetapi beliau adalah 'hamba rakyat' bagi penduduk Sik, khususnya  DUN Jeneri.

Setelah beliau dipilih semula untuk mempertahankan kerusi DUN Jeneri pada PRU14, tiada siapa yang memertikaikannya malah pemilihan Mahadzir sudah pun dijangka.

Calon DUN Jeneri yang ini serba boleh dan bersedia membantu orang walaupun beliau tidak ada duit.


Khidmat sukarelanya kepada masyarakat menerusi Briged Sukarelawan 1Malaysia mendekatkan dirinya dengan penduduk setempat.

Beliau tidak perlu pun berkempen secara berlebihan kerana akan ada orang yang berkempen untuknya. Jika ada yang 'menyerangnya' akan ada pula orang yang akan mempertahankannya.

Parti lawan pun tidak menyerang peribadinya, malah pembangkang hanya mainkan isu rakyat dan semasa di kawasan yang diwakilinya.

Selain terlibat dalam berbagai pertubuhan bukan kerajaank beliau juga sering dijemput membaca khutbah masjid sekitar Sik. 

Pada PRU14 ini, Mahadzir akan dicabar oleh calon PAS dan Pakatan Harapan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). - kedahnews.com.

#DahulukanRakyat
#JomBN #ManifestoBN




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com