Wanita Kisar Uri Untuk Jadikan 'Smoothie', Beri Suami Dan Anak Minum


HAMPSHIRE - Seorang wanita menyimpan 'placenta' atau urinya selepas kelahiran anaknya yang keempat sebelum 'dikitar semula' untuk beberapa tujuan.

Ia termasuk dijadikan minuman 'smootie' untuk suami dan anak-anaknya.

Jay Woodall, 33 tahun, dari Fleet, Hampshire mendakwa tujuan pengambilan uri itu adalah untuk kesihatan.

Woodall membayar £30 untuk membawa pulang uri mentahnya itu untuk dijadikan 'smoothie', manakala bahagian lain dikeringkan untuk dijadikan pil kapsul, dengan kos tambahan £150.

Hasil perkahwinan bersama suaminya, Jon Woodall, mereka mempunyai empat anak, Logan, 9, Demitrius, 6, River, 4 dan Storm, 7 bulan.

Bagai obses dengan urinya, Woodall juga mengawet tali pusatnya dan dipintal berbentuk tulisan 'love'.


Biarpun mengakui menerima pelbagai reaksi tentang kelakuannya yang disifatkan 'jijik' itu, Woodall tidak mengendahkannya kerana berpendapat ia adalah hak peribadinya.

"Saya sedia mencuba sesuatu yang baharu jika ia memberi manfaat kepada kesihatan saya, badan saya, dan anak-anak saya," katanya.

Trend makan uri yang diamalkan beberapa dekad lalu, nampaknya telah muncul 'kembali' dan menular ke negara maju seperti Amerika Syarikat kerana dipercayai berkhasiat.


Woodall mendakwa dirinya lebih bertenaga selepas pengambilan urinya itu.

Namun sehingga kini tiada kajian saintifik bagi membuktikan khasiat pengambilan uri dan kesannya.

Bagaimanapun, penggunaan uri dalam produk kecantikan bukanlah perkara baharu kerana dipercayai boleh menjadikan seseorang itu tampak awet muda.

Tetapi untuk makan uri sendiri? Memang loya bila membayangkannya!

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com