Wanita Ini Akan Menjadi Saksi Di Mahkamah Atas Kes Pembunuhannya


Buat pertama kalinya, mangsa pembunuhan akan memberi kesaksian terhadap kejadian yang berlaku kepadanya.

Mangsa kes pembunuhan ini bernama Judy Malinowski dan hakim Guy Reece membenarkan keterangan daripada mengsa yang dirakamkan dalam video digunakan dalam perbicaraan yang akan diadakan di Mahkamah Franklin County, Ohio, Amerika Syarikat .

Judy meninggal dunia pada Ogos 2017. Dia meninggal dunia selepas dibakar oleh bekas kekasihnya Michael Slager pada bulan Jun 2015.

Judy dimasukkan ke hospital selama 2 tahun sebelum meninggal dunia. Dia telah melakukan 56 pembedahan akibat 80 peratus badannya terbakar.

Judy mengalami lecur teruk di tekak, kehilangan dua jari dan tidak dapat berjalan lagi.

Dari kes itu, Judy membuat rakaman video. Rakaman itu dilakukan 5 bulan sebelum dia meninggal dunia.

Walaupun Judy hampir tidak dapat bercakap, dia cuba menyampaikan penderitaan yang dialaminya namun Slager dan peguamnya selalu mendakwa bahawa serangan itu dilakukan secara tidak sengaja.

“Saya tidak tahu bahawa manusia boleh jadi jahat,” kata Judy dalam rekod yang dipetik oleh Grid.ID

Slager pada mulanya dihukum 11 tahun penjara atas tuduhan serangan pada 2016. Walau bagaimanapun, dengan pita rakaman Judy itu, hukuman ke atasnya akan meningkat.

Sumber – Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com