Wan Saiful Akan Senasib Mat Sabu Di Pendang?


PENDANG  - Calon Harapan kerusi Parlimen Pendang, Wan Saiful Wan Jan kini dihantui kebimbangan akan kalah pada PRU ini apabila  merayu  penduduk di kawasan itu memberi peluang kepada pembangkang yang diketuai DAP untuk memerintah.

Beliau sedar Pendang bukanlah tempat lahirnya berbanding dengan Datuk Othman Abdul yang akan mempertahankan kerusi tersebut sekali lagi.

Wan Saiful adalah calon ' payumg terjun' yang diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir untuk bertanding di situ.

 Bukan mudah Wan Saiful yang baharu datang sehari dua untuk 'menenggelamkan' Othman yang cukup sebati dengan penduduk Pendang. 

Jika Mohamad Sabu (Mat sabu) yang mewakili PAS pun kecundang pada PRU13, inikan pula Wan Jan yang membesar dan bekerja di tempat lain termasuk di luar negara.

Semua orang tahu Othman yang juga dikenali " Man Bedoi' di Pendang. Penyokong PAS juga mesra dengan Othman walaupun mereka menyokong PAS.

Selain BN, Wan Saiful akan 'dihalang' oleh PAS di kerusi parlimen itu pada PRU kali ini. Beliau dijangka akan menerima nasib seperti mana Mat Sabu.

Bagi calon dari PPBM itu, beliau tidak ada pilihan lain untuk mendapat sokongan pengundi kecuali memainkan isu yang dekat dengan hati rakyat termasuk kos sara hidup terutama yang melibatkan golongan penoreh dan petani yang menjadi sebahagian penduduk Pendang.

Namun beban hidup gololongan  tidak seteruk seperti  yang digambarkan oleh pihak pembangkang kerana kerajaan telah mengambil langkah perlu termasuk memberikan bantuan kepada golongan sasar itu. 

Pada PRU ini, kerusi Parlimen Pendang turut menjadi rebutan calon PAS yang diwakili oleh Awang Hashim dan calon Bebas Abdul Malik Abdul Manaf.

Namun pertarungan sebenar di Parlimen Pendang adalah antara BN dan PAS. - kedahnews.com


#Fakenews
#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com