Wan Azizah Cukup Gembira Mahathir 'Tunduk' Kepada PKR Yang Dibencinya Dulu


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Mohamad Azmi Ali cukup gembira apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengecam PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya 'tunduk' kepada parti itu.

Wan azizah berkongsi pengalaman beliau melihat Dr. Mahathir, calon perdana menteri memakai logo KEADILAN di bajunya sebelum ceramah mega di Pasir Gudang, Johor.

“Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR "kataya seperti dilaporkan oleh portal Keadilan.

“Kebetulan saya ada lencana KEADILAN dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju.

“Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana PKR” kata Wan Azizah sewaktu berucap pada pelancaran jentera pilihan raya PKR peringkat nasional di Shah Alam semalam.

Sementara Azmin pula gembira apabila Dr Mahathir yang pernah meramal PKR tidak akan mampu bertahan lebih daripada 6 bulan pada satu masa dahulu akan memakai lencana itu di dadanya.

“Ini kejayaan yang telah kita capai. Tidak mudah bagi kita mencapai tahap ini,” jelas Azmin seperti yang dilaporkan lapor Malaysiakini.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah memerintah PPBM pimpinan Mahathir dibubarkan sementara kerana melanggar akta pertubuhan baru-baru ini.

Wan Azizah dan Azmi juga sepatutnya berterima kasih kepada  RoS kerana membubarkan PPBM di saat negara menghadapi PRU14.

Kedua pemimpin itu PKR itu juga perlu berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana sedia menggunakan logo dan parti yang dibencinnya dahulu.  

Bagaimanapun ada pihak melihat keputusan Pakatan Harapan menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 hanya satu sandiwara politik.

Ini kerana DAP selaku parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang  tidak akan melepaskan kedudukan mereka sebagai ketua yang patut dipatuhi oleh parti lain - kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com