Video: Tengah Syok Bergelek Atas Pentas Tiba-Tiba Rebah, Meninggal Dunia


TETAMU pada majlis penyampaian anugerah ejen pelancongan telah dikejutkan dengan kejadian seorang ahli perniagaan rebah dan meninggal dunia, ketika sedang menari lagu irama Bollywood.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Agra, Uttar Pradesh, India dengan mangsa dikenali sebagai Vishnu Pandey dan berusia 53 tahun.

Ketika itu, Pandey naik ke pentas selepas tetamu yang hadir menjerit namanya untuk sama-sama menari.

Dia yang dalam keadaan riang ria, teruk naik ke atas pentas sambil menari.


Namun dalam masa beberapa saat, Pandey yang berasal dari Mumbai hilang kawalan dan rebah, mengakibatkan tetamu memandang antara satu sama lain, dalam keadaan terkejut.

Mereka segera membantu Pandey dan dia disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan doktor mendapati Pandey mengalami serangan jantung.

Dalam pada itu, penganjur memberitahu, kejadian itu hanya berlaku dalam beberapa saat mengakibatkan semua pihak terkejut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com