Video: “Tak Guna Punya Kontraktor Jalan! Tahu Nak Untung Je!”


SEBUAH kereta terbalik sehingga merempuh sebatang pokok, manakala sebuah lagi terhumban ke dalam parit.

Itu semua berlaku pada hari dan lokasi yang sama gara-gara keadaan jalan yang tidak berturap dipercayai dalam proses naik taraf.


Pengguna Facebook yang sempat merakam dua insiden tersebut mendakwa kejadian mengejutkan itu berlaku di jalan Nitar-Mersing pada awal pagi Isnin.

Menerusi postingnya, lelaki dikenali sebagai Sabri Azimi mengatakan ia  bukan kejadian pertama yang berlaku di lokasi tersebut.


Tambahnya papan tanda amaran yang dipasang hanyalah mengguna dua lampu kecil dan ia juga tidak diletakkan pada jarak selamat.

“Dua kemalangan di lokasi yang sama, kemalangan pertama pada jam 4.30 pagi dan kemalangan kedua berlaku jam 7.15 pagi. Nyaris juga sebuah motosikal hampir nak kena gilis dengan treler.


“Seronok yer kira duit untung sampai tak boleh nak fikir keselamatan orang awam.

“Inilah akibatnya jika buat kerja tak ikut prosedur operasi standard (SOP), untung ratus ribu tapi cuma pakai dua biji lampu basikal sebagai tanda amaran?

“Signboard pulak pasang pada jarak tak sampai 30 meter dari tapak projek,” tulisnya.


Difahamkan, aduan kepada pihak kontraktor sudah dibuat namun masih tiada langkah keselamatan diambil oleh mereka.

“Gambar lelaki berseluar pendek tu adalah kontraktor tu, call nak ajak bincang untuk settle tepi tapi bila dia datang boleh pulak keluar macam-macam alasan.

“Siap cakap tak kisah kalau nak saman. Besar kepala sangat sampai tak nak mengaku kesalahan,” kata Sabri.


Posting yang tidak sampai 24 jam dimuat naik itu sehingga kini menerima lebih 7,000 perkongsian dan turut mengundang reaksi pelbagai mengecam sikap kontraktor yang tidak ambil endah hal keselamatan pengguna jalan raya.

Pengguna media sosial juga menggesa agar pihak berkuasa tempatan dan pihak berwajib agar segera menyelesaikan permasalahan itu sebelum terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com