Video: Polis Cari Individu Rosakkan Bendera Parti Politik


KUALA LUMPUR - Pihak polis menjejaki seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik dalam satu kejadian di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis telah menerima sebanyak tiga laporan berhubung kejadian tersebut sejak semalam.

"Setakat ini tiga laporan polis telah dibuat ke atas suspek oleh orang awam yang menyaksikan kejadian, pemasang bendera, serta wakil pemuda daripada parti berkenaan.

"Kertas siasatan telah dibuka dan polis sedang di dalam proses menjejaki indivitu terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur sini sebentar tadi.

Terdahulu, sebuah klip video berdurasi 0.41 saat telah tular di laman sosial Facebook memaparkan seorang lelaki dirakam mencabut serta merosakkan bendera sebuah parti politik dan mencampakkannya ke atas jalan raya.

Menurut Mazlan, sekiranya individu terbabit merasakan bahawa pemasangan bendera berkenaan adalah salah, ia sepatutnya dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tidak mengambil tindakan sendiri sekaligus membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat. 

Sumber- K! ONLINE


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com