Video: Jeritan Histeria Di Bukit Batu Putih


SEREMBAN – Rakaman video sekumpulan pendaki dalam keadaan cemas melaungkan azan beramai-ramai di bukit Batu Putih, di sini, telah mengundang rasa takut netizen di media sosial.

Dalam kejadian pada Ahad lalu itu, kumpulan pendaki berkenaan dikatakan tergamam apabila seorang rakan wanita mereka secara tiba-tiba menjerit akibat histeria ketika dalam perjalanan turun awal pagi semalam.

Individu yang dikenali sebagai Kefli Zakaria di laman Facebook mendakwa kejadian itu berlaku pada jam 8.45 dan mangsa terpaksa diusung turun sambil dibantu beberapa pendaki yang lain.

Katanya, mangsa yang berusia awal 20-an terpaksa diusung turun  sebelum dilihat dibawa menaiki kereta oleh rakannya meninggalkan kawasan bukit berkenaan.

Video berdurasi satu minit itu sehingga kini dikongsi lebih daripada 9,200 kali dan dalam masa yang sama netizen beranggapan bukit berkenaan sememangnya dikenali antara yang ‘terkeras’.

“Nenek saya orang Telok Kemang, masa dia tau saya nak hiking sini, dia pelik dah sebab dulu masa kecik memang orang sana tau situ area kampung bunian.

“Dia pun tak tau sejak bila area tu panggil bukit batu putih. Dia pernah cerita orang dulu-dulu kalau nak kawen, pernah pinjam pinggan semua kat kampung sebelah itu. Cerita turun-temurun,” tulis Yusniza Yusuf.

Namun apa yang lebih mencetuskan keresahan lagi apabila segelintir netizen mendakwa kononnya terlihat at satu ‘penampakan’ susuk tubuh seorang gadis yang sedang bercangkung duduk melihat kejadian itu.


“Mula-mula saya buka video itu pun terpandang benda yang sis bulatkan itu… macam rambut panjang terhurai gitu,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Ida Yap.

Kami sendiri tidak dapat memastikan kesahihan intiti pada gambar berkenaan yang mungkin telah ditirus namun sebagai umat Islam, kita harus mempercayai kewujudan makhluh halus.

Apa pun, tiada info lanjut berhubung keadaan mangsa dan setakat ini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan sebarang isu ini.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com