Video: Ini Padahnya Bila Melintas Tidak Toleh Kiri & Kanan Jalan


AKIBAT kecuaian diri sendiri, seorang gadis menerima padah apabila dilanggar sebuah kenderaan yang sedang meluncur laju di sebatang jalan raya Singapura.

Video yang dikongsikan menerusi portal Stomp, menunjukkan gadis berusia 16 tahun itu secara meluru terus melintas jalan raya tanpa mempraktikan amalan melintas jalan yang betul.

Ini membuatkan sebuah kereta jenis Suzuki Swift secara tidak sengaja terus menghentam mangsa sehingga dia melambung di atas jalan.

Mangsa yang tersungkur di bahu jalan itu kemudian dibantu beberapa orang awam dan pemandu Swift berkenaan turut tampil memberikan pertolongan kepada mangsa.

Kejadian yang direkod daripada dashcam kenderaan lain itu dipercayai berlaku pada Isnin di Jalan Ubi 1, menghala ke jalan lapangan terbang di Geylang, Singapura.

Menurut pihak berkuasa, remaja berkenaan terus dikejarkan ke sebuah hospital di Changi dan mujur dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sementara itu video yang turut dikongsikan di laman Facebook itu menerima pelbagai reaksi netizen yang menyarankan pejalan kaki sentiasa berwaspada terlebih dahulu melihat kiri dan kanan.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com