Video: Gadis Ini Hilang Dari Media Sosial, Kembali Dengan Wajah Pelik


TINDAKAN seorang bintang media sosial Cammy Chong, 22, yang melakukan perubahan drastik pada wajahnya telah mencetuskan kecaman daripada peminatnya. Cammy yang menetap di Kuala Lumpur, hilang dari media sosial pada awal tahun ini.

Dia kemudiannya kembali semula bulan lepas dengan wajah baru dan menggelar dirinya sebagai `Barbie Cammy’. Matanya lebih besar, kulit yang lebih putih juga dagu serta hidung yang lebih runcing.

Cammy yang mempunyai ratusan ribu peminat, turut membuang semua gambar serta video lamanya.

Namun peminat Cammy tidak suka dengan wajah baru gadis itu dan mereka menyatakan dia kelihatan lebih cantik tanpa melakukan perubahan berkenaan. Ramai yang mendakwa Cammy melakukan pembedahan plastik.

Disebabkan keadaan itu, ada pengikutnya di media sosial yang menggelar Cammy sebagai `gadis ular’ dan `gadis alien’.

“Awak cantik dan manis dulu, sekarang awak sangat pelik. Saya rasa dulu lagi bagus.

“Itu adalah mata dan muka palsu,” demikian antara komen yang diterima daripada peminatnya.

Namun Cammy membalas kritikan berkenaan dengan menyatakan dia suka dengan wajah barunya itu.

“Hati saya masih amat baik. Penampilan saya adalah milik saya dan saya suka. Saya gembira,” katanya.

Namun tidak diketahui sama ada perubahan itu akibat pembedahan plastik atau pun kerana gambar yang diubahsuai. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com