Video: “Anak Siapa Ni? Biadab Punya Budak Flat PPR!”


PERBUATAN khianat dua individu yang meletakkan pintu kayu di hadapan sebuah lif pangsapuri nyaris menyebabkan kecederaan kepada seorang penghuni wanita.

Dalam kejadian di blok E, Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor, mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an bagaimanapun bernasib baik.

Ini berikutan kedudukan dirnya yang secara kebetulan pula berada di bahagian tepi ruang lif berkenaan ketika kejadian tersebut dan berjaya dirakamkan kamera litar tertutup di situ.

“Kejadian berlaku semalam, nasib tiada orang ramai dalam lif dan mujur akak itu berada di tepi lif berkenaan. Inilah manusia… Orang dah bagi kemudahan bukan nak guna dan jaga dengan elok.

“Malah merosakan dan mendatangkan bahaya pada pengguna yang lain,” dakwa seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Aini Ismail di laman Facebook dalam kejadian pukul 8.24 malam itu.

Tambahnya, sekiranya wanita itu berada di tengah-tengah, sudah pasti insiden terbabit bertukar menjadi mimpi buruk buat dirinya dan seluruh warga pangsapuri.

Difahamkan dua remaja lelaki itu juga merupakan penghuni di pangsapuri berkenaan sendiri dan laporan polis mengenai insiden tersebut juga telah dibuat oleh pengadu.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman melahirkan rasa geram terhadap tindakan pelaku yang bukan sahaja membahayakan nyawa penduduk, malah menimbulkan kes lebih rumit jika membabitkan kanak-kanak.

Rata-rata pengguna media sosial juga menyarankan agar satu tindakan susulan dijalankan oleh pihak pengurusan dan penduduk bagi mengesan kedua suspek remaja berkenaan.

“Budak bangang macam ini jumpa elok tampar je kepala sesekor, kecil-kecil tak nak mampus dah besar menyusahkan orang,” tulis seorang netizen. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com