Video: Abang Taranum Muncul Lagi, Kali Ini Sempena PRU


KEHANGATAN Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin terasa apabila parti-parti politik mula memperkenalkan calon mereka.

Namun, apa yang mencuit hati para netizen ialah kemunculan dua individu yang pernah tular dengan taranum ‘gaji dah masuk’, kali ini menerusi video terbaharu mengenai pilihan raya.

Video berdurasi kira-kira dua minit yang dimuat naik di akaun Facebook ‘Abang Ranum’ pada Jumaat malam itu menyeru rakyat Malaysia supaya mengundi dengan bijak pada 9 Mei depan.

“Dengar sini semua rakyat Malaysia, sudah tiba musim pilihanraya. Hendaklah kita pangkah dengan bijaksana.

“Bikin undi rosak tiada guna, kerana kita penentu masa depan negara,” katanya sambil bertaranum sebelum muncul seorang lelaki berperwatakan seperti wakil rakyat bersama poster ‘undilah calon’ yang ditampal di dinding.

Rakaman kemudian diakhiri dengan gelagat kedua mereka yang bersalaman sambil meminta pentaranum itu agar mengundinya pada pilihan raya nanti.



Pemilik sebenar suara taranum itu, Alfian M Nor, 38, yang dipetik portal Mstar berkata video tersebut dibuat bagi menyeru rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya lagi, pilihan raya ini diharapkan diadakan secara aman harmoni dan jangan amalkan budaya kecam mengecam selain hormati menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza fahanam politik.

Sementara itu rakan duetnya Irwan Effendy Bahtiar, 36, pula memberitahu kemunculannya sebagai ‘YB’ sekadar guruan bagi menyuntik elemen humor dalam video yang dibuat bagi mengajak rakyat keluar mengundi itu.

Duo ‘taranum’ ini mula dikenali dengan video tular mereka mengenai ‘hari gaji’ dan kali terakhir taranum mereka dibuat sempena agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Februari lalu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com