VEP Mula Pada Penghujung April


KUALA LUMPUR - Sistem tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dikenakan terhadap kenderaan asing memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), akan diperkenalkan pada penghujung bulan April.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ketika ini sesi ujian bagi sistem tersebut sedang dilakukan bagi menjamin kelancaran pelaksanaannya.

"Pelaksanaan VEP disarankan untuk mengambil kira keperluan teknologi 'Multi-Lane Free-Flow' yang sedang dibangunkan Kementerian Kerja Raya.

"Untuk memenuhi keperluan tersebut, sistem pembayaran tanpa tunai atau e-wallet Touch 'n Go juga telah dibangunkan bagi membolehkan pembayaran caj jalan melalui Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).

"Buat masa ini, sistem VEP senang menjalani ujian bersama sistem e-wallet bagi pelaksanaan VEP di sempadan Johor dan Singapura," kata Ab Aziz.

Beliau menjawab persoalan dari Anuar Manap (BN - Sekijang) berhubung punca kelewatan pelaksanaan sistem VEP dan bilakah ia dapat dilaksanakan sepenuhnya ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat Khamis.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com