Umum Awal Calon Kedah, Mat Sabu Lebih Yakin Daripada Mahathir


Walaupun baharu ditubuhkan, Parti Amanah Negara (PAN) dilihat lebih yakin berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

PAN menerusi Presidennya Mohamad Sabu (Mat Sabu) telah mengumumkan tiga calon Parlimen dan 10 calon Dewan Undangan Negeri yang akan mewakili parti itu pda Jumaat lalu. 

Namun, Dr. Mahathir masih tercari- cari masa yang sesuai untuk mengumumkan senarai  calonnya walaupun dikatakan akan berbuat demikian apabila berceramah ke Kubang Pasu dan Langkawi dua hari lepas.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya tentang kemampuan partinya untuk bertanding di negeri ini apatah lagi selepas berlaku berbagai tentangan atau protes daripada ahli parti itu sendiri.

Jika Dr. Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz yakin boleh menang, beliau tentunya lebih berani daripada PAN untuk mengumumkan calon pilihannya.

PPBM yang akan menggunakan logo PKR ditetapkan  bertanding di enam kerusi Parlimen, iaitu sama dengan jumlah kerusi yang ditandingi oleh PKR.

Namun PPBM yang kini sedang menghadapi penggantungan daripada  Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendahului parti lain apabila bertanding 14 daripda 36 kerusi DUN, berbanding PKR dan PAN yang masing-masing memperoleh 10 kerusi sahaja sementara DAP kekal dengan dua kerusi.

Walapun pembahagian kerusi DUN itu dipersetujui, pimpinan peringkat akar umbi dikatakan masih tidak berpuas hati dan 'memendam perasaan' dengan agihan dan pemilihan calon. 

Jumaat lalu penyokong parti pimpinan Dr. Mahathir itu bertindak menutup bilik gerakan termasuk pusat daerah mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri Alor Mengkuku dalam Parliman Alor Setar kerana mendakwa PAN 'merampas' kerusi kawasan itu.  - Kedhnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com