Umpan Telefon Untuk Rogol Anak Kandung


BUKITTINGGI - Seorang lelaki di Indonesia ditahan pihak berkuasa setelah didakwa merogol anak kandungnya sendiri hanya dengan mengumpan gadis itu sebuah telefon bimbit berjenama.

Polis berkata dalam kejadian di Kecamatan Manggis Koto Selayan (MKS), Bukittinggi, Sumbar, ketika kejadian mangsa tinggal sendirian dengan ayahnya setelah ibunya keluar berniaga.

Hasil soal siasat, suspek mengaku terangsang selepas menonton video lucah di rumah dan tidak dapat mengawal nafsunya.

Menurut pegawai penyiasat kes, suspek kemudian ternampak anak gadis sedang tidur di dalam bilik lalu cuba memperkosanya.

Gadis yang baru berusia 15 tahun itu pada mulanya menolak ajakan si ayah, namun setelah dijanjikan untuk diberi sebuah telefon bimbit berjenama, mangsa pasrah.

Menurut laporan portal riauaktual.com, perlakuan jijik suspek berterusan setiap kali ibu mangsa tiada di rumah.

Namun, insiden itu terbongkar juga apabila mangsa yang dimarahi ibunya kerana sering pulang lewat malam mengaku yang dia tidak lagi perawan.

Mendengar pengakuan mangsa, laporan polis terus dibuat si ibu terhadap suaminya dan suspek kemudian ditahan.

Hasil siasatan mendapati suspek telah merogol anak kandungnya itu sebanyak tiga kali seawal Januari lalu.

Suspek akan didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak di mana dia boleh dihukum penjara hingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com