UMNO Jerantut Lapor Polis Papan Iklan BN Disimbah Cat


JERANTUT – Pergerakan UMNO Bahagian Jerantut semalam, membuat laporan polis berhubung kejadian mencurah cat hitam di papan iklan Barisan Nasional (BN) yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Setiausahanya Ahmad Nizam Mohd Hassan berkata beliau menyedari papan tanda yang terletak di persimpangan jalan masuk kawasan perindustrian Jerantut disimbah cat berkenaan pagi semalam.

“Papan iklan itu baharu dinaikkan kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas perdana menteri mengumumkan manifesto BN. Kami kesal dengan kejadian ini kerana ia menjatuhkan imej perdana menteri.

“Kami tidak menuduh sesiapa, namun kami mahu siasatan dijalankan supaya kejadian serupa tidak berleluasa pada saat-saat kita mahu berhadapan pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, semalam.

Ahmad Nizam menambah semua pihak seharusnya berpolitik secara matang dan menghormati perbezaan antara satu sama lain dan tidak melakukan perbuatan itu yang boleh disifatkan sebagai provokasi murahan. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com