Ubat Anti Kemurungan Ada Kaitan Dementia


LONDON - Satu kajian di Britain menunjukkan penggunaan berterusan ubat anti kemurungan tertentu ada kaitan dengan dementia, kata pengkaji dalam satu laporan pada Khamis.

Walaupun begitu, mereka masih belum dapat menyimpulkan bahawa penggunaan ubat itu adalah puncanya.

Kajian ke atas 300,000 subjek di Britain mendapati satu pertiga daripada mereka yang didiagnos dengan dementia pernah diberikan sejenis ubat antikolinergik untuk merawat masalah kemurungan dan pundi kencing tertentu, empat hingga 20 tahun lebih awal.

"Apa yang kami tidak pasti adalah sama ada ubat ini adalah punca dementia," kata pengarang bersama kajian, George Savva dari School of Health Science, Universiti of East Anglia.

Kajian ini turut diterbitkan di dalam British Medical Journal (BMJ).

"Lebih daripada 50 juta orang di seluruh dunia terjejas akibat dementia dan angka ini dijangka mencecah 132 juta menjelang 2050," kata Savva dalam satu kenyataan.

"Membangunkan strategi untuk mencegah dementia kini menjadi keutamaan global."

Pasukan itu bagaimanapun menyarankan pesakit untuk tidak berhenti mengambil ubat antikolinergik sehingga mereka berbincang dengan doktor atau ahli farmasi masing-masing. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com