Tun M Cakap Besar, Yakin Boleh Menang Bertanding Dimana Sahaja


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap besar dia akan menang tidak kisah di mana dia bertanding.

Menurut Tun M, beliau yakin sekiranya beliau kekal berentap di lokasi lamanya di Kubang Pasu tetap juga akan menang.

Beliau yang memilih Langkawi sebagai kawasan bertanding kerana adalah kerana niat ingin 'menjatuhkan' parti Barisan Nasional (BN).

“Daripada awal pun saya niat nak tanding di Langkawi sebab sebelum ini BN menang dengan majoriti 11,861 undi. Jadi kita nak tengok la banyak mana undi BN nak dapat kali ini.

“Saya ingat kalau saya pilih Kubang Pasu pun saya boleh menang, sebab tu awal-awal lagi saya kata mungkin Langkawi, Kubang Pasu , Putrajaya atau mana-mana tempat lain sebab pengundi suka kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan datang bawa hadiah banyak untuk mereka,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini.

Memetik Sinar Online, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu juga menuduh kerajaan BN dan Najib menyogok penyokongnya di Langkawi telah untuk beralih arah.

“Penyokong-penyokong saya di Langkawi beritahu Najib bagi duit kepada mereka untuk tidak memihak kepada saya.

“Tetapi penyokong-penyokong saya bagi semula duit yang disogok itu kepada saya untuk kegunaan kempen pilihan raya untuk tumbangkan Najib dan BN,” tuduh Tun M.

Tindakan Tun M beralih arah ke Langkawi dengan meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang memilihnya selama 30 tahun itu boleh diibaratkan seperti 'kacang lupakan kulit'.

Bukan itu sahaja, perkara ersebut seperti 'menggali kubur'  sendiri apabila membuat keputusan bertanding di Parlimen Langkawi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 ini. - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com