Tun M Akan Umum Bertanding Di Langkawi Malam Ini?


ALOR SETAR - Teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin akan terjawab malam ini.

Menurut Dr Mahathir, beberapa pengumuman penting akan dibuat menerusi program Jelajah Harapan Langkawi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Tambahnya, beliau juga akan membicarakan beberapa perkara penting berkenaan isu dalam negara yang perlu diketahui rakyat agar dapat memilih calon terbaik pada PRU14.

“Pada Ahad ini, PH akan adakan satu perhimpunan melibatkan kesemua parti yang bersatu dalam usaha melawan BN. Semua pemimpin tertinggi parti juga hadir, antaranya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Mohamad sabu (Presiden Amanah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu),” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi parti itu.

Malah, Dr Mahathir turut menggesa semua penduduk Langkawi untuk hadir pada ceramah perdana itu.

Dalam pada itu, program Jelajah Harapan Langkawi akan bermula jam 8.45 malam bertempat di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sira, Pulau Langkawi.

Berdasarkan kepada pemerhatian, spekulasi mengatakan kerusi pilihan Mahathir bakal terjawab pada hari itu setelah beberapa kali diasak agar segera memuktamadkan keputusannya.

Memetik Awani, Tidak mustahil teka teki di mana Tun M bertanding akan terungkai selepas ura-ura beliau memilih Langkawi diperkatakan sejak seminggu lalu.

Sebelum ini, Mahathir disebut-sebut bakal bertanding di salah satu antara tiga kawasan, iaitu Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

Namun ramai yang meramalkan kecenderungan beliau untuk memilih Langkawi.

Manakala bagi kerusi Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kemungkinan belum diumumkan, namun sebarang kemungkinan tertakluk kepada mesyuarat parti yang diadakan sebelum Ahad ini

Terdahlu, pada PRU13, Langkawi (P.04) telah disandang oleh Nawawi Ahmad (BN-UMNO) dengan 21,047 undian. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com