Tudung Bawal Pocong Habis Laku ‘Keras’


MULANYA sekadar mahu menggayakan fesyen tudung bawal, namun siapa sangka pendatang baharu dalam industri rekaan kreatif ini menemui unsur ‘menyeramkan’.

Azzim Aziz yang ditemui Projek MMO tidak menyangka fesyen baharu yang diberi nama ‘Bawal Pocong’ rekaanya itu berjaya menarik minat dalam kalangan Muslimah tempatan.

Menurutnya, idea fesyen unik itu tercetus selepas sesi pengambaran salah sebuah produk tudung bawalnya yang tidak sengaja diikat pada bahagian atas.

“Selepas mengambil gambar, kami melihat persamaanya dan menggelarkan ia Bawal Pocong,” katanya seperti yang dipetik portal berkenaan.

Difahamkan, rekaan unik tudung itu malah mendapat liputan luas sehingga ke media Indonesia seperti Detik.com, IDN Times dan Wolipop.


Semuanya berpunca selepas wanita itu memuat naik posting berkenaan koleksi tudung bawal 2k18 yang diuar-uarkan akan menjadi trend pada Hari Raya Aidilfitiri 2018 ini.

Pun begitu, segelintir netizen di media sosial berpendapat rekaan tudung ‘Bawal Pocong’ ini dianggap tidak menepati hukum syariah selain menakutkan.

Apa pun, tudung yang berharga RM40 sehelai ini difahamkan telah kehabisan stok sejak ia ditularkan di media sosial.

“Sewaktu hari yang ditularkan, 500 helai daripada tujuh warna habis dan kami sekarang menunggu stok baharu tiba,” katanya lagi. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com