Tuduh Najib `Bertuhankan Duit’ Mahathir Dibidas Keluar Fatwa Tanpa Ilmu


Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai `bertuhankan duit’ adalah satu tuduhan serius semata-mata untuk meraih populariti dalam politik.

Beberapa pakar agama menyifatkan tuduhan Mahathir yang menghukum dan mencela Perdana Menteri itu boleh mencetuskan fitnah dan beliau perlu memohon maaf kepada orang yang dicela itu.

Ini kerana ia merupakan satu dosa besar yang tidak diampunkan Tuhan melainkan memohon maaf kepada pihak yang dituduh.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh ketika mengulas mengenainya berkata, menuduh seseorang bertuhankan duit adalah tuduhan keras dan merupakan dosa besar.

“Mengeluarkan fatwa tanpa ilmu adalah dilaknat oleh malaikat dan malaikat menerima perintah Allah.

“Mengharamkan perkara yang halal sedangkan tanggungjawab pemerintah adalah untuk memberikan atau mengambil tindakan kebaikan kepada rakyat. Perkara halal dan dia telah mengharamkan perkara halal adalah dosa.

“Membuat fitnah dengan menuduh mencuri adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan memohon maaf pada pihak berkenaan,” kata Wan Zahidi kepada TV3.

Beliau mengulas mengenai tuduhan Mahathir terhadap Najib pada perhimpunan Bersih di hadapan bangunan Parlimen, minggu lepas.

Ketika berucap, Mahathir dengan lantang menuduh Najib tidak lagi menyembah Tuhan sebaliknya menyembah duit dan memberikan duit haram kepada rakyat.

Seorang lagi pakar kewangan Islam, Zaharudin Abdul Rahman pula memberitahu pemberian bantuan daripada kerajaan kepada rakyat adalah harus untuk diterima dan tidak boleh diragui.

Tidak kira apa jua namanya, sama ada biasiswa, bonus, insentif, hukumnya harus diterima dan tak boleh diharamkan sebab kewajipan kepada kerajaan.

Mahathir selama ini menuduh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah dan dedak oleh kerajaan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com