TPM Menghadap Sultan Kedah Di Istana Anak Bukit

SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Istana Anak Bukit, di sini. Kelihatan bersama ialah Menteri Besar Kedah Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah.
ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Ahmad Zahid memohon menghadap Sultan Sallehuddin sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Pertemuan yang berlangsung hampir 40 minit itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hani-pah.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar (IPD) di sini dan pada sebelah petang pu-la, beliau dijangka menghadiri program ‘Leadership Visit Negeri Kedah’ di Pendang.

Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com