TMJ Saran Agar Kekalkan Kapal, Namun Netizen Pula Yang Meroyan…


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan pendapat peribadinya secara ikhlas, yang difikirkan terbaik untuk Johor dan negara ini agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

Dalam catatan panjang yang dimuat naik kira-kira jam 7.15 malam Sabtu itu, TMJ menegaskan rakyat berhak untuk memilih siapa sahaja calon yang dipertandinngkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.


Namun mereka perlu ingat bahawa setiap calon yang dipilih mestilah berkhidmat dan memberi keutamaan kepada rakyat, bukannya kepada agenda peribadi.

Isi catatan tersebut dalam kata lainnya menasihatkan rakyat agar buka mata dan berhati-hati dengan helah yang diperjuangkan oleh seorang individu berusia 93 tahun.

Tanpa menamakan Tun Dr. Mahathir, baginda menegaskan Johor tidak akan pernah lupa kepada bekas perdana menteri itu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang wujud sejak 1886.

Malah Pengerusi Pakatan Harapan itu juga pernah berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

Pun begitu, respon-respon di ruangan komen daripada segelintir netizen yang mana ada di dalam kalangannya menggunakan akaun palsu cuba menolak pandangan TMJ dan seakan menzahirkan sokongan ke atas Pakatan Harapan.

Antara perkara ditomahkan mereka adalah berkenaan isu kedudukan Raja yang konon tidak harus mencampuri dalam soal politik dan masalah kos hidup yang semakin runcing ekoran penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Respon berbeza-beza yang terpapar dalam catatan tersebut seolah bersetuju sekiranya Umno perlu ditolak sama ada daripada penyokong parti PAS ataupun daripada Pakatan Harapan.

Biarpun pelbagai komen yang seoalah menyalahkan kerajaan, masih ada sinar daripada kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang utuh bersetuju dengan pandangan jujur TMJ itu.


Apakah tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dahulu akan berulang kembali di Johor?

Sebagai rekod, dalam PRU-13 yang lepas terdapat sedikit perubahan yang berlaku di mana pergerakan sokongan daripada BN Johor beralih kepada pembangkang.

Bagaimanapun, BN Johor masih kekal memegang majoriti apabila menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen, dengan 15 daripadanya milik Umno. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com