“TMJ Itu Apa? Oh Tunku Mahkota Johor, Ingat 'Tak Mahu Jalan'” - AMT PPBM


AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Zahid Md Arip seakan enggan mengulas mengenai kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pembangkang terutamanya mengenai pengerusi parti berkenaan.

Beliau hanya menjawab secara sinis dengan menyoal kembali maksud disebalik akronim ‘TMJ’ ketika disoal wartawan yang inginkan respon dari beliau.

“TMJ itu apa? Oh Tunku Mahkota Johor… Itu kena sebut betul-betul lain kali… ‘Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor’.

“Jangan sebut TMJ sahaja, saya ingat ‘TMJ’ ini maksudnya ‘tak mahu jalan’,” katanya menerusi rakaman berdurasi 47 saat itu.

Ditanya sama ada kritikan TMJ yang menyeru rakyat Johor menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kempen Pakatan Harapan terutamanya di negeri itu, Muhammad Zahid hanya mengatakan;

“Menyeru rakyat Johor menolak Tun Dr. Mahathir? Ahahaha, Allahuakbar, Ahahahaha, geli hati saya, itu saja komen saya,” jelasnya sambil tertawa terbahak-bahak kepada wartawan.

Semalam satu catatan panjang di Facebook Johor Southern Tigers yang dilihat mengkritik pemimpin pembangkang tanpa menamakan sesiapa yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Kenyataan TMJ itu yang merujuk kepada ‘pemimpin berlidah cabang’ itu mengtakan pemimpin berusia 93 tahun itu bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

Dalam catatan itu juga, TMJ secara peribadinya menyeru rakyat Johor memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada dan percaya  jika ‘kapal ini’ telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. - Kedahnews.com

1 comment:

  1. Seorang yg agak kurang ajar bagi sy..
    Dan seorang melayu macam ni yg nk jadi pemimpin?
    Ya.. kenyataan yg sinis mmg penyokong pembangkang suka.. tak perlu la sampai biadap kalau tk suka teguran tmj tu..
    Ini kah pemimpin yg nak pertahankan institusi raja2 melayu..? jgn harap la..
    Sungguh biadap..sgt biadap
    Menunjukkan melayu ni betapa dia langsung tk hotmat org dan lebih2 lagi raja2..
    Seorg melayu lupa diri dan sungguh biadap..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com