Tikam Dada Majikan Akibat Ditegur Lewat Datang Kerja


PEKERJA bertindak menikam dada majikannya dengan pisau akibat berang selepas ditegur dan dimarahi mangsa kerana datang lambat ke tempat kerja.

Menurut Jawa Pos, lelaki, 21, berkenaan ditahan polis tidak lama selepas menyerang majikannya di sebuah kedai di Rokan Hilir, Wilayah Riau pada Khamis lalu.

Ketua Polis Rokan Hilir Sigi Adiwuryanto berkata, sebelum kejadian lelaki itu dimarahi majikannya berusia 58 tahun kerana datang lambat ke tempat kerja.

“Kerana tidak berpuas hati, lelaki itu menunggu hingga kedai itu ditutup dan semua pekerja pulang sebelum menyerang majikannya.

“Lelaki itu yang bersenjatakan pisau menyerang suspek secara membabi buta dan menikam dada mangsa,” katanya.

Katanya, beberapa pekerja yang kebetulan masih berada di kedai itu segera memberi bantuan menyebabkan lelaki berkenaan melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

“Mangsa pula cedera di bahagian dada dan dia kini dirawat di hospital,” katanya. 

Sumber - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com