Tiga Penjuru Di Pokok Sena, Empat Calon Tanding Di DUN Bukit Lada


ALOR SETAR - Parlimen Pokok Sena, Kedah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Keadian Rakyat (PKR).

Calon BN Datuk Said Ali Syed Rastan yang juga Ketua UMNO bahagian dicabar oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Mahfuz Omar dan bekas pemain bolasepak negeri Muhamad Radhi Md Din.

Kerusi Pokok Sena sebelum ini disandang oleh Mahfuz yng juga bekas Naib Presiden PAS selama dua penggal berturut-turut.

Sementara itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, PKR dan calon Bebas.


BN akan diwakili oleh bekas ADUN Bukit Lada, Datuk Ariffin Man yang juga Setiausaha Kerja BN negeri dan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu   

Beliau akan dicabar oleh calon PAS, Salim Mahmud, Aizad Roslan dari PKR dan seorang calon bebas Datuk Ismail Osman. Kerusi DUN itu sebelum ini disandang oleh Datuk Ahmad Lebai Sudin daripada BN.

Manakala bagi DUN Bukit Pinang, BN akan diwakili oleh calon muka baru, Dr. Mohamad Nawar Ariffin.


Beliau akan ditentang oleh penyandang kerusi kawasan tersebut daripada PAS, Wan Romaini Wan Salim dan Zakir Ahmad daripada PKR.

Sementara DUN Derga juga menyasikkan pertanding tiga penjuru antara calon BN Dr. Cheah Soon Hai, Tan Kok Yew (PKR) dan Yahya Saad daripada PAS.

Kerusi Derga sebelum ini disandang oleh Kok Yew yang juga pengerusi DAP negeri.
Nama calon diumumkan oleh pengurus pilihanraya bagi Parlimen Pokok Sena pada pukul 12.15 tengah hari.

Sebelum itu calon  BN bersama kira-kira 3,000 penyokong yang memakai baju biru tua dan membawa bendera parti berarak bersama empat calon  daripada Bilik Geranan BN DUN Bukit Lada ke tempat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pokok Sena pada jam 8.30 pagi.


Perarakan calon dimulakan dengan memohon doa restu Ilahi dan laungan azan. Lagu Barisan Kita dan Hidup BN berkumandang sepanjang jalan.
Sementara calon PAS pula diiringi  oleh lebih 1,000 penyokongnya bergerak ke tempat penamaan calon dari arah bertentangan.

Manakala Mahfuz Omar yang mewakili  PAN dan tiga calon lagi dari PKR, PPBM diiringi kira-kira 300 penyokong sementara calon bebas hanya ditemani oleh penacadang dan penyokongnya sahaja.

Penamaan calon berjalan lancar serta dikawal oleh anggota polis.- Kedahnews.com 
#TsunamiBiru
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com