Tiga Lelaki Larikan RM300,000 Dari Van Syarikat Keselamatan


Sekumpulan tiga lelaki melarikan sebuah beg berisi wang tunai lebih RM300,000 selepas menyamun sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah bank di Pekan Kapar, Klang dekat Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, van itu berada 10 meter daripada pintu masuk bank untuk menghantar sejumlah wang ke bank berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian, ketiga-tiga suspek itu menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna putih lengkap memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol.

“Siasatan mendapati penjenayah terbabit turut melarikan selaras senjata api jenis ‘pump gun’ yang dimiliki oleh pekerja syarikat keselamatan tersebut,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com