Teruja Nak Jatuhkan Najib, PPBM Akhirnya 'Lingkup' Akibat Kesalahan Sendiri


Kenapa salahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan  Perdana Menteri  jika kesilapan itu berpunca daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri?  

Dalam hal ini, pembubaran sementara PPBM atas arahah RoS membuktikan kelemahan pemimpin parti itu yang terlalu ghairah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan teruja untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi PPBM  Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar menyalahkan BN, RoS mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya parti itu gagal bertanding pada PRU14.

"Sebebenarnya pemimpin PPBM gagal mematuhi syarat-syarat asas yang telah ditetapkan RoS yang telah termaktub sejak sekian lama, " kata Ahmad Bashah yang mempertahankan keputusan RoS itu.

Kata Ahmad Bashah, bekas Perdana Menteri itu perlu sedar sepanjang 22 tahun menerajui negara, itu lah sistem atau peraturan yang digunakan oleh RoS.

 "Tun Mahathir tentu lebih arif berkaitan peraturan dan perlembagaan parti, perlu ada mesyuarat cawangan, bahagian dan seterusnya perhimpunan agung parti, " kata Ahmad Bashah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Sukaneka Parlimen Alor Setar dan Jualan Runtuh di Taman Saga, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu semalam.

Ahmad Bashah diminta mengulas tuduhan Dr. Mahathir yang menyalahkan RoS dan kerajaan kerana PPBM tidak boleh menyertai PRU14 akibat dibubarkan selama sebulan kerana melanggar Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Katanya adalah menjadi hak dan kuasa RoS untuk menolak mana-mana parti apabila tidak  mengikut peraturan bagi menjaga kepetingan ahlinya. 

"Dulu UMNO pun diharam... kita (ahli UMNO) dan Dr. Mahathir patuh, tetapi sekarang apabila jadi  pembangkang, dia salahkan orang lain pula (kerajaan).

"Lagi pun yang membuat aduan kepada RoS ialah ahli PPBM sendiri, " kata merujuk lebih 400 aduan yang diterima oleh jabatan itu kerana tidak puas hati terhadap perlajanan parti pimpinan Dr. Mahathir itu.  

Ahmad Bashah juga mempersoalkan bagaimana PPBM hendak memimpin 32 juta rakyat Malaysia jika parti sendiri berkecamuk dan hilang kepercayaan oleh ahli sendiri.

Beliau turut meminta rakyat menilai dan tidak bersimpati dengan taktik parti pemimipin pembangkang itu pada pilihan raya ini.

Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah untuk menjatuhkan orang lain, tetapi parti sendiri yang melingkup. -  kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com