Tertanya-Tanya Kereta Tinggal Tepi Jalan Di Sungai Petani Milik Siapa?


ALOR SETAR - Pengguna jalan raya kini tertanya-tanya mengenai pemilik kereta Proton Wira berwarna biru gelap yang ditinggalkan di tepi Jalan Penghulu Him di Sungai Layar, Sungai Petani sudah hampir seminggu.

Pertanyaan itu berlegar-legar dalam pemikiran penduduk setempat adakah kereta itu mangsa jenayah curi dan ditinggalkan di tepi jalan atau mengalami kerosakan? Jika rosak, kenapa dibiarkan begitu lama?

Menurut seorang penduduk Kampung Penghulu Him, Roslan Said, 40, berkata kereta itu dilihat berada di tepi jalan sejak beberapa hari lalu.

“Pada mulanya, penduduk tidak ambil kisah kerana menyangka kereta itu rosak, tetapi kami mula musykil apabila ia masih di situ selepas dua hari,” katanya memetik MyMetro.

Kerana curiga akan hal tersebut, Roslan dan beberapa penduduk pergi memeriksa kereta itu, pada Isnin.

“Satu tayar kereta itu sudah hilang manakala beberapa komponen dalam kereta sudah hilang dan ia seperti diselongkar.

“Kerana curiga kereta Wira itu mungkin dicuri, rakan saya memaklumkan perkara itu pada polis dan anggota polis yang datang memeriksa kereta mengandaikan ia ditinggalkan pemiliknya kerana tiada laporan kehilangan dibuat setakat ini,” ujarnya.

Pun begitu, jurucakap polis daerah Kuala Muda mengesahkan polis masih belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan kereta itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com