Terkejut Jumpa Warga Emas Ditemui Mati Di Tebing Sungai Padas


KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas ditemui mati di tebing Sungai Padas, berhampiran Kampung Bakalau, daerah Beaufort, kira-kira 90 kilometer dari sini, semalam.

Mayat Yen Ket Fah@Peter, 66, dijumpai kira-kira jam 2.50 petang oleh seorang penduduk kampung yang terhidu bau busuk dari arah sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd Razak yang mengesahkan penemuan mayat itu, berkata ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap dan memakai stoking tanpa kasut.

“Bahagian rusuk kanannya berlubang manakala tangan kanannya hanya tinggal tulang dipercayai telah dimakan haiwan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan keadaan fizikal mangsa, kata Azmir, lelaki berkenaan disyaki meninggal dunia antara tempoh tiga atau empat hari lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com